Majlis Inisiatif Hijau Cameron Highlands

Published: 

February 10, 2023

Location

Cameron Highland, Pahang

Date

Feb 9
 - 
 
2023
Register

Majlis Inisiatif Hijau Cameron Highlands

Majlis Inisiatif Hijau Cameron Highlands

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Majlis Inisiatif Hijau Cameron Highlands pada hari ini di Zenith Cameron Highlands, Pahang.

Inisiatif ini adalah kolaborasi bersama antara SWCorp, Kerajaan Negeri Pahang dan Japan International Cooperation Agency (JICA) untuk Inisiatif Hijau di Cameron Highlands (Inisiatif Lokal) - rawatan sisa organik.

Melalui kolaborasi ini, pihak JICA membekalkan teknologi, kepakaran dan bantuan kewangan kepada pekebun sayur terpilih, sebagai contoh mesin pemprosesan sayur untuk tujuan pengkomposan - dalam menjayakan 'circular economy'.

Pengusaha hotel di Cameron Highlands turut terlibat dalam membekalkan sisa dapur/organik bagi tujuan pembajaan tanaman di Cameron Highlands dan adalah menjadi matlamat Kementerian dan Negara untuk memastikan 40% sisa pepejal dapat digunakan semula.

Inisiatif pengurusan sisa organik ini juga berjaya menutup 4 buah tapak pelupusan haram di Cameron Highlands.

URBANICE Malaysia turut berasa berbangga kerana telah dijemput untuk menyaksikan pelancaran Inisiatif Hijau ini di Cameron Highlands. Semoga usaha dalam merawat dan mengurus sisa organik ini dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.

Tahniah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp !

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

About Event

Theme

Gallery

Get updated on our involvements

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.